Felt Things @ Cute Things

Duit Kahwin

BILA KAMU NAK KAHWIN ????


selalu tak dengar soalan ni? for me..dah banyak kali sangat soalan ni...sampaikan saya diam dulu ambik nafas then baru saya jawab....XTAHULA, DAH SAMPAI JODOH KAHWINLA.



marah? tak marah cuma rasa kadang- kadang soalan tu tak perlu la ditanya berulang kali, kita kan dah tahu JODOH , AJAL , MAUT , REZEKI DLL TU KETENTUAN ALLAH.  Kita hanya cuma mampu merancang, tapi yang merealisasikannya hanya DIA.


sometimes soalan tu rasa macam seolah - olah kita taknak kahwin ataupun sengaja lambat kahwin,  sedangkan calon pun takde lagi...kalau yang ada calon pun ada yg tak sedia lagi.   


Dulu kadang -kadang sedih juga bila berbicara soal jodoh, tapi saya mencari yang positif....dan untuk anda yang sama mcm saya masih belum berjumpa dengan pemilik tulang rusuk anda.   Inilah masanya untuk anda membalas jasa kedua orang tua anda, gunakanlah peluang ini sebelum anda menjadi milik seseorang.   Tanggungjawab anda pada ibu bapa akan terputus bila anda berkahwin, kerana suami anda adalah tanggungjawab anda.  Ketaatan anda hanya pada suami anda.  Keutamaan anda adalah suami anda.




0 Orang Hebat:

SEMUA YANG ADA DALAM BLOG INI HAK MILIK NUR AZIE